Jan 2, 2008

Ini adalah kisah novel pendek...

,

"Maafkan abang, sayang." Remuk hati seorang isteri dikala
suami yang selama 10 tahun menjadi cinta agung dalam
hidupnya akhirnya mengakui akan hubungan terlarang yang
kini menjadi alunan hidupnya. Sungguh tidak kuduga...
inikah balasan yang kuterima atas setiap bibit cintaku
padamu suami? Perlahan-lahan kuusap airmata yang mengalir.
Kehangatan air mataku meneyelinap kedalam diri.

Sayang kasihmu abang sudah tidak sehangat ini. Perlahan
suamikumelangkah keluar dari kamar yang menjadi saksi
cinta kami selama sepuluh tahun ini. Kurenung langkahnya
yang perlahan. Tidak sedikit pun abang menoleh kembali.
Seolah-olah di dalam hati cinta kita sudah tidak bersisa
lagi.

Malam yang sunyi ini menjadi saksi akan hancurnya hati
seorang wanita yang bergelar isteri. Kadangkala aku
sendiri tidak yakin dengan dirimu abang. Hanya kerana
asmara yang singkat, abang lupa akan cinta yang sedekad
waktu ini. Abang lupa di gerbang perkahwinan, susah
senang kita bersama. Di saat adik-adik abang memerlukan
wang untuk perbelanjaan sekolah, kita suami isteri
menguis saki baki simpanan yang ada untuk membantu adik
abang. Di saat-saat abang kemalangan yang nyaris meragut
nyawa , siapa yang setia menemanimu siang dan malam?
Ingatkah abang akan janjimu ketika abang terselamat
dari maut? Ketika Abang mengenggam jari Sayang dan Abang
bisikan betapa abang bersyukur kerana diberi peluang
kedua untuk bersama sayang.

Betapa abang rasa hidup abang lebih lengkap kini kerana
baru ketika ini abang tahu nilai kasih sayang yang
abang takut abang sudah tidak mampu kecapi lagi. Selama
2 bulan, abang berulang-alik ke hospital untuk rawatan
lanjutan. Selama itu , Sayang rasa bertuah kerana dapat
berbakti padamu, Abang. Namun semuanya sudah tidak
bermakna lagi buatmu.

Sayang ikhlas membantu mu, Abang. Selama ini sayang
ikhlas menjaga makan minummu. Sayang jujur dalam membina
jambatan kasih kita. Mungkin ada waktunya, sayang terleka
dalam melaksana tanggungjawab isteri. Sayang sedar ada
masanya sayang sendiri melukai hatimu. Dan Sayang hargai
toleransimu. Sesunguhnya toleransi dan kasih sayang abang
adalah 2 perkaran yang sentiasa membuatkan hidup Sayang
seunik-unik kehidupan. Sayang bahagia. Dan kerana itu
sayang tak meragui Abang. Tidak dalam secubit waktu pun.
Tapi Sayang silap abang. Rupanya kasihmu layu juga.

Sekali lagi air mataku gugur. Kurenung surat permohonan
abang untuk menikah lagi. Kutatap perlahan-lahan
permohonan yang masih kemas kugengam. Memang dalam hidup
seorang isteri seperti Sayang, poligami adalah seperkara
sayang takuti. Sayang takut bila isteri abang dua..kasih
abang satu. Dan Sayang takut jika kasih yang satu itu
bukan milik Sayang lagi. Abang malam ini abang mengaku
akan hubungan yang selama ini tidak sayang ragui. Sayang
ikhlas dengan bantuan abang. Sayang bangga kerana punya
suami sepertimu abang. Suami yang bukan sahaja penyayang
malah seorang lelaki yang mudah simpati pada orang yang
memerlukan. Dan dikala Farah yang waktu itu datang
menangis-nangis kerana sudah tidak betah hidup terseksa
bersama suaminya, kita bantu Farah dan anak-anaknya.

Selama 3 bulan, kita suami isteri membantu Farah kenalan
Sayang di Universiti dulu. Kita sediakan keselesaan untuk
Farah anak-beranak di rumah sewa kita. Kita bantu Farah
dengan menempatkan Farah di tempat Abang makan gaji.
Dan Anak-anak Farah Sayang jaga di waktu siang. Mungkin
kerana ketidakhadiaran cahaya mata dalam kamus hidup kita,
Sayang menerima anak-anak Farah seperti anak sendiri.
Selama 3 bulan itu Sayang bahagia kerana pertama kali
dalam hidup sayang, Sayang dapat menjalani kehidupan
seorang ibu. Di waktu Farah rasa terancam dengan
ugutan suaminya, Sayang bangga abang berani melindungi
Farah dan anak-anak. Betapa di kala itu, abang bagaikan
wira dahulukala. Di saat Farah merasai hidupnya musnah
dirobek suaminya, Sayang beri Farah harapan. Sayang
tiupkan semangat. Segala-galanya demi nilai satu
persahabatan. Tapi cermin persahabatan itu remuk berderai.
Malah hati seorang wanita ini lebih terluka bila wanita
yang menjadi dalang cinta kami adalah Farah.

Sampai hatimu Farah, madu yang kami beri tapi racun yang
kau balas. Rupanya kasih sayang yang kucurahkan pada
anak-anakmu kau balas dengan belaian manja pada suamiku.
Apa dosaku padamu Farah? Kata orang bertepuk sebelah
tangan tak akan berbunyi. Mungkin salahnya datang dari
suamiku tapi tak bolehkah kau fikirkan akan nilai
persahabatan kita? Dan kerana persahabatan itu tak
mampukah kau menolak suamiku jauh dari hidupmu? Tidak
pernah dalam sekelumit aku waktu, kupinta darimu untuk
melayan suamiku sebegitu rupa. Tidak Farah! Tidak.
Tidakkah kau sedar kau masih isteri orang. Proses ceraimu
masih belum sampai jauh talak. Kau masih isteri orang,
Farah.

Perlahan-lahan aku bangkit dari katil. Segera diriku yang
kusut itu diperkemaskan. Tiada apa yang mampu kuucapkan
lagi. Kukutip permohonan suamiku dari atas katil. Perlahan
aku melangkah keluar dari bilikku. Di kala itu kulihat
suami sedang leka dibuai perasaan. Di atas Sofa empuk itu,
Suamiku cuba memikirkan keserabutan hidup. Kuhampiri
suamiku. Di kala itu pandangan kami bertemu. Jika semalam,
pasti ada gelora asmara cinta bila pandangan kita bertaut
tapi malam ini...pertama kali sayang rasakan pandangan
kita kosong. Keruh sungguh wajahmu abang. Lembut Suamiku
menarikku kesisi.

"Abang... Sayang cuma mahu tahu seperkara darimu abang.
Berterus-teranglah walaupun ianya paling pahit untuk
diterima. Apa yang abang cari pada Farah?

Apa yang membuatkan Farah lebih bernilai dalam hidup Abang
sekarang?"

Sakit hati ini bila kata-kata itu meluncur dari bibirku.
Tidak dapat kubayangkan kekecewaan yang melanda. Perlahan
kuamati suamiku. Abang walaupun hakikatnya kita belum
bermadu, Sayang sudah merasakan peritnya kehilanganmu.

"Abang berdosa padamu, Sayang. Dan Abang tak salahkan
Sayang kerana membenci Abang. Cuma Abang rasa Farah perlu
dilindungi. Dan Abang simpati pada Farah yang tak memiliki
bahagia." Dalam saat-saat sebegini Farah masih dihatimu.

"Tapi kenapa sampai ada keterlanjuran berlaku?"

"Abang lelaki punya keinginan .. punya kemahuan..."
Walaupun payah,Abang masih memenangi dirimu. Abang..Abang..
Aku menggeleng sendirian. Sayang semakin tidak mengenali
dirimu kini. Air mata sudah makin murah untuk menagalir.
Tapi Sayang akan kekal kuat. Sayang masih kekal kuat
seperti dahulu.

"Bagaimana halal dan Haram Abang?" Aku masih cuba berlaku
tenang. Aku kalau boleh mahu Suamiku sedar keterlanjuran
yang berlaku. Suamiku terdiam. Dia semakin resah.

"Abang dah bertaubat , Sayang. Dan kerana itu Abang mahu
bertanggungjawab atas keterlanjuran kami." Mudah sungguh
Abang membina alasan. Indah sungguh takrifan
bertanggungjawab dan taubatmu. Aku tersenyum sendirian.

"Abang masih belum jawab soalan Sayang.Apa yang membuatkan
Farah lebih bernilai dalam hidup Abang sekarang?" Antara
dengar dengan tidak aku cuba mendapatkan kepastian.

"Farah.. Farah.." Suamiku resah. Kata-katanya mati. Ada
nada-nada ketidakpastian pada raut wajahnya. Lembut
kugenggam tangan suamiku.

"Abang Sayang cuma mahukan kejujuranmu.." Dengan isyarat
mata aku cuba memberi keberanian pada suamiku untuk
berlaku jujur denganku.

"Sayang.. Farah mampu menjadiakan Abang...AYAH.." Dan aku
cuma tersenyum mendengar alasan suamiku. Seperti yang telah
kuduga. Luruh hatiku mendengar alasannya. Dulu janjimu lain
Abang tapi kini..

"Dulu , Sayang izinkan abang menikah lain tapi Abang
menolak. Abang kata biar susah senang kita sehidup semati..
hanya ajal memisahkan kita. Tak akan ada dua atau tiga
dalam diri Abang.."

"Sayang...itu dulu.. Abang juga mahukan anak. Hidup abang
sepi Sayang tanpa Anak. Abang tahu sayang tak mampu.. Tapi
Abang berkebolehan mendapatkan anak." Aku semakin sakit
mendengarnya. Abang hina kecacatan hidup ini. Abang ungkit
kekurangan diri ini.

"Kalau anak yang abang mahu, Nikahlah Farah. Gauli Farah
setelah Farah halal buatmu." Segera aku bangkit dari
dudukku. Dengan kekuatan yang masih berbaki, ku pandang
suamiku sebagai pandangan terakhir. Hati ku sudah terluka
abang.

Sayang boleh terima kalau abang pilih Farah sebagi madu
Sayang tapi..yang tak mampu Sayang terima ialah.. layanan
haram Farah buat Abang dikala Sayang sedang menjaga
anak-anaknya. Hancur hati ini Abang. Biarlah kisah cinta
kita terkubur disini. Kuhulur salam terakhir buat suamiku.
Kukucup suamiku dan kubisikkan padanya...

"Tapi Abang Sayang tidak mampu membuang hubungan haram
abang dari kaca mata Sayang. Bebaskan Sayang.." Tersentak
suamiku.

"Nanti Sayang..." Suamiku menarikku hampir padanya.

"Abang perlu bertanggungjawab terhadap Farah. Berikanlah
Farah kebahagian yang ingin Abang berikan. Jadilah Abang
Ayah sepertimana yang Abang impikan. Cuma.. Sayang tak
mampu berkongsi kasih lebih-lebih lagi bila Sayang fikirkan
hanya kerana 3 bulan perkenalan.. Abang lupakan Sayang.
Hanya kerana 3 bulan pertemuan Abang musnahkan kepercayaan
sayang dan Hanya kerana 3 bulan simpati,Abang buang halal
haram satu hubungan. Dan Sayang tak mahu anak-anak Sayang
ada ayah seperti itu..Maafkan Sayang,Abang."

Perlahan-lahan aku melangkah pergi jauh dari suamiku.
Tiada tolehan kedua buatnya. Tiada lagi simpati buatnya.
Yang ada cuma..janin berusia 2 bulan yang menjadi lambang
kasih kita. Itulah kebesaran tuhan Abang.

Assalamualaikum suamiku.

p/s: sekali hati seorang perempuan dilukai,
sekali cinta dan kasihnya didustai,
sekali kepercayaannya diragut..
selamanya ia berbekas di dalam hati..

3 comments to “Ini adalah kisah novel pendek...”

  • May 15, 2010 at 3:53 PM
    hanna_j says:

    what a sad sonata...

  • May 8, 2012 at 11:02 PM
    cyber blog says:

    novel yg bagus..
    http://bloggerontalo.com/

  • May 8, 2012 at 11:02 PM
    cyber blog says:

    novel yg bagus..
    http://bloggerontalo.com/

 

~me n my life~ Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger Templates